Jus super anti-oxidant ini amat sesuai dibuat ketika musim penyakit melanda. Kita minum untuk tingkatkan sistem imuniti tubuh badan kita. Kita jamu bala tentera dengan benda yang power supaya mereka jadi kuat. Bila mereka kuat, dapat bantu jaga kesihatan kita

Bahan-bahannya:

1/2 cawan Blackberry
1/2 cawan Blueberry
1/2 cawan Rasberry
1/2 cawan Strawberries – dipotong kecil

Cara Penyediaan:
Blend kesemuanya. Campur air sikit kalau terlalu pekat. Minum. Nak minum pagi atau petang ikut suka. Saya ambil waktu pagi.
.
Orang kata mahal bahan-bahan ni. Saya kata kesihatan kita lebih mahal dan utama sebab cukai kesakitan lebih tinggi dan menyakitkan.
.
Nikmati kehidupan lebih sihat Insyaa Allah.