Tubuh manusia ini cukup hebat. Allah jadikan mampu beri signal terhadap sesuatu. Contohnya bila ada yang tak cukup atau tak kena. Tubuh akan berikan signal. Cumanya kita tak faham apakah signal yang diberikan itu. Akibatnya kita mengabaikan signal itu.

Bagaimana bentuk signal itu? Dalam bahasa kesihatan, signal ini dimaksudkan simptom. Petanda sesuatu berlaku pada tubuh badan kita. Contohnya rasa lenguh-lenguh, cepat letih, kebas-kebas. Jika yang melibatkan perasaan seperti cepat marah, mood tidak stabil, rasa emosi yang kian menurun (terutamanya ketika waktu tengah hari). Ini semua adalah contoh signal atau simptom. Tubuh kita sebenarnya cuba beritahu kita sesuatu; ada yang tidak kena pada tubuh kita.

Signal yang sebeginilah sebenarnya adalah salah satu tanda kemungkinan kita kekurangan vitamin. Biasanya tanda seperti itu merujuk kepada masalah kurang vitamin B12 di dalam tubuh kita. Mengikut kajian yang dicatatkan di dalam American Journal of Clinical Nutrition, 42% orang tidak cukup vitamin B12. Bayangkan, hampir separuh daripada kita sebenarnya kekurangan vitamin B12 ini.

Persoalannnya, bagaimana boleh rasa sebegitu? Mungkin segelintir daripada kita akan menganggap bahawa diri dia sedang stress bila cepat marah, mood tak stabil dan emosi menurun. Mungkin juga ada yang akan kata dirinya dalam keadaan depress. Semuanya masih berlegar dalam kitaran andaian. Tolak ke tepi dahulu segala penilaian kesihatan mental itu.

Sebenarnya, semua keadaan emosi yang berlaku itu ada kaitan juga dengan masalah vitamin B12 yang kurang. Oleh itu, sebaiknya kita ambil maklum akan fungsi vitamin B12 ini.

Vitamin B12 ini untuk membantu jadikan saraf dan sel sihat. Vitamin B12 juga membantu menukarkan nutrien yang kita ambil kepada tenaga. Bila vitamin B12 berkurang, nutrien tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Ini mengakibatkan diri kita menjadi rasa letih. Kita dah pun makan makanan sihat tetapi tak ada rasa sebarang impak. Lebih malang lagi jika kesihatan saraf dan sel juga terganggu. Jadi apa yang perlu dibuat?

Jika perkara sebegini berlaku, buat pemeriksaan kesihatan dahulu. Buat ujian untuk memeriksa tahap jumlah vitamin B12 yang ada di dalam tubuh. Lihat sama ada vitamin B12 di dalam tubuh mencukupi atau tidak.

Salah satu cara yang mudah ialah dengan mengambil makanan yang tinggi vitamin B12. Secara purata tubuh memerlukan vitamin B12 sebanyak 2.4mcg sahaja dalam sehari. Ambil terutamanya ketika waktu sarapan. Tujuannya kerana kita perlu mulakan hari kita dengan tenaga yang tinggi, mood ceria dan tubuh yang cergas.

Untuk makluman, vitamin B12 ini tiada di dalam tumbuhan. Vitamin B12 hanya boleh diperolehi daripada sumber haiwan. Antara contohnya ialah siput, ikan dan daging lemmbu, sumber yang mempunyai vitamin B12 yang tinggi. Sumber lain ialah telur. Pengambilan dua (2) biji telur membantu membekalkan sekitar 46% keperluan harian vitamin B12 tubuh.

Dalam kategori ikan, ikan sardin dikatakan mempunyai kadar sumber vitamin B12 yang tertinggi. Selain ikan sardin, pilihan lain ialah ikan tuna. Jika berkemampuan dan ingin menukar selera, mungkin boleh mengambil ikan trout. Selain vitamin B12, ikan trout juga mempunyai banyak kelebihan lain. Yang paling penting, mengambil ikan tersebut dalam keadaan yang segar atau fresh

Jika ada alahan untuk memakan haiwan laut seperti ikan, masih ada pilihan lain. Boleh pilih produk tenusu yang juga kaya dengan vitamin B12. Antaranya ialah yogurt. Boleh juga dijadikan menu sarapan dengan mengambil 2 biji telur, yogurt dan ambil minuman yang mengandungi susu segar, seperti minuman dark chocolate OCOC. Dengan menu sarapan seperti itu telah dapat memenuhi keperluan harian vitamin B12 untuk tubuh badan.

Bila kita dapat memastikan vitamin B12 di dalam tubuh kita mencukupi, ini akan membantu tubuh badan menyerap nutrien daripada makanan yang diambil ketika makan tengah hari