Setiap kita pastinya mahukan anak yang menjadi insan cemerlang. Insan yang akan berbakti kepada ummah. Bagaimanapun, kita sering memberi anak makanan yang salah. Makanan yang tidak membantu perkembangan otak mereka

Berikut dikongsikan antara makanan tidak berkhasiat yang sering diberikan kepada anak:

1. French Fries

French Fries atau nama lainnya kentang goreng. Kita biasa membeli di restoran makanan segera. Sama ada di kaunter atau melalui pandulalu. Apa ada di dalamnya? Terdapat lebih kurang 15 bahan. Antaranya ialah gula dan pewarna. Ada juga sodium acid pyrophosphate (asid natrium pirofosfat) dan tert-butylhydroquinone.
Menurut kajian, pengambilan bahan tersebut pada dos tinggi mendatangkan bahaya. Antara kesannya ialah merosakkan mata dan osteoporosis.

2. Pisang Goreng

Pisang goreng adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat banyak gerai boleh dijumpai di pelbagai tempat; di tepi jalan, di medan selera, malah di dalam pusat beli-belah.

Masakannya dalam kategori deep-fry. Banyak menggunakan minyak. Mungkin itu jadikan rasanya amat enak. Ditambah dengan keenakan tepung dan gula yang digoreng. Mungkin itu jadikannya sentiasa menjadi pilihan ramai.

Persoalannya, apa khasiat di sebalik pisang goreng? Yang pasti penuh dengan kalori.

Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman. Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori

Berapa ramai yang berlari selepas ambil santapan sebegitu? Pasti banyak berlaku pembentukan lemak. Tidak terkecuali peningkatan gula di dalam darah. Lebih parah, memberi kesan buruk kepada PreFrontal Cortex (PFC), CEO of the brain atau CEO otak kita. Aktiviti otak menurun kerana kesan pada kandungan dalam makanan tersebut.

Bayangkan bila makanan sebegitu menjadi pilihan hidangan ketika mesyuarat. Bagaimana mutu dan hasil mesyuarat. PFC adalah tempat membuat keputusan. Lokasi perancangan dibuat. Tempat mengawal. Jika lemah bahagian ini, lemahlah bahagian yang lain. Merosotlah prestasi. Bermulalah episod rasa tidak puas hati di sana sini.

3. Nugget

Nugget antara makanan yang dijual di restoran makanan segera. Yang sejuk beku pun ada. Antara makanan pilihan ramai ibu untuk anak mereka. Saiznya kecil sahaja. Selain ayam, terdapat pelbagai lagi bahan lain dicampurkan. Apakah bahan lain yang dicampurkan. Itu yang menjadi persoalan.

Di salah satu restoran makanan segera terkenal, berikut antara maklumat bahan yang disenaraikan:
1. Sodium Acid Pyrophosphate
2. Sodium Aluminum Phosphate
3. Monocalcium Phosphate
4. Calcium Lactate
5. Sodium Phosphates
6. Yellow Corn Flour
7. Bleached Wheat Flour
8. Food Starch-Modified
9. Salt
10. Safflower Oil
11. Dextrose
12. Citric Acid
13. Hydrogenated Soybean Oil with TBHQ
14. Dimethylpolysiloxane
15. Autolyzed Yeast Extract mengandungi MSG.

​Mungkin ada yang tertanya apa dia TBHQ (Tertiary Butylhydroquinone)? TBHQ adalah bahan tambahan untuk mengawet makanan yang diproses. Ia berfungsi sebagai antioksidan, tetapi tidak seperti antioksidan sihat yang anda dapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Antioksidan ini mempunyai reputasi kontroversi.

Bagaimanapun, TBHQ bukan sekadar ditemui di dalam makanan. Bahan ini juga didapati digunakan di dalam varnish perabut kayu, produk racun serangga perosak, kosmetik dan pewangi. Adakah bahan sebegini yang kita mahu berikan kepada anak kita?

4. Makan Deep Fried

Apa maksud deep fried? Makanan deep fried bermaksud makanan yang dimasak secara goreng di dalam minyak yang banyak. Makanan digoreng dalam keadaan terendam penuh di dalam minyak.

Terdapat banyak kajian berkaitan deep fried. Apa yang menakutkan ialah kesan buruknya. Banyak makan deep fried tingkatkan tahap kebodohan sekitar 25% hingga 35%. Kenapa sebegitu kesannya? Ini kerana aktiviti ini mengganggu Left Temporal Lobe dan PreFrontal Cortex (PFC). Bahagian otak ini terlibat dalam proses pembelajaran dan berfikir.

Elakkan anak memakan makanan sebegini. Begitu juga diri kita. Pastikan ahli keluarga jauhi benda puaka ini. Otak kita tanggungjawab kita. Berhenti dari meracuni otak kita dan ahli keluarga sendiri.

5. Cereal

Siapa biasa bagi anak makan cereal? Rasanya ramai ibu yang berikan anak cereal sebagai pilihan sarapan. Di hotel pun ada disediakan bersama susu sebagai pilihan hidangan. Tahukah anda cereal ini bahaya kepada otak?

Cuba lihat kandungan yang ada pada cereal. Ada 3 benda dalam cereal yang ganggu hormon kenyang. Ganggu interaksi otak dan perut.

1. Butylhydroxytoluene (BHT).
Diletak untuk elakkan lemau atau cepat masuk angin. Sebab tu rangup jer.
2. Perfluorooctanoic Acid (PFOA).
Bahan ni ada dalam kuali non stick dan kosmetik. Dikaitkan dengan kanser.
3. Tributyltin (TBT).
Ada dalam cat.

Ketiga-tiga bahan ini sebabkan anak sentiasa rasa lapar. Komunikasi antara perut dan otak terputus. Anak bersambungan makan tanpa henti. Malangnya anak terus terasa lapar. Ini kerana makhluk ghaib ini telah menyekat hormon kenyang daripada keluar. Anda perasan tabiat ini pada anak anda?

6. Pizza

Pizza antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Malahan ada yang membawa keluarga untuk sesi makan bersama. Santai di restoran berhawa dingin, begitulah kiranya. Apa yang salahnya dengan memakan pizza?

Pada pizza ada 2 benda perkara menarik. Satu pada rotinya. Satu lagi pada cheese atau kejunya.

Pada roti ada kompaun bernama gluteomorphins. Apabila makan, gluteomorphins akan masuk dan melekat pada reseptor opioid di otak. Sama seperti morphins masuk ke reseptor opioid. Ia sebabkan rasa ketagih. Fahaman mudahnya, seperti kabel 3-pin laptop ke soket 3-pin di dinding. Masuk ngam dan melekat.

Pada Cheese pula ada casomorphins. Sifatnya hampir sama seperti gluteomorphins. Ia juga masuk melekat ke reseptor opioid di otak.

Bila makan sahaja pizza, otak keluarkan hormon dopamin – hormon seronok dan sedap. Hormon ini juga sebabkan rasa ketagihan. Wujudnya keinginan untuk makan yang berulang. Nampak keju meleleh, air liur pun meleleh.

Di dalam buku The Cheese Trap oleh Dr Neal Barnard, beliau menulis, “Ia adalah dadah makanan, sebabkan ketagihan berulang. Ketagihan yang sebabkan obesiti.”

Hati-hati dengan perangkap ini. Kita akan sentiasa rasa mahu makan dan rasa walau telah kenyang. Penangannya luarbiasa.

7. Jajan (cekedis @ makanan ringan)

Jajan atau makanan ringan adalah antara makanan kesukaan kanak-kanak. Pelbagai jenis jajan dijual di merata tempat di Malaysia. Ke mana sahaja pasti mudah jumpa. Dengan pelbagai warna dan rasa, kanak-kanak pasti teruja.

Kerajaan tidak menghalang penjualannya. Jadi apa yang menjadi masalahnya?

Seperti dikatakan sebelum ini, jajan ada pelbagai warna dan rasa. Bermakna jajan ada perisa. Jajan ada pewarna. Di dalam jajan juga sebenarnya ada pelbagai bahan kimia tersembunyi. Semua bahan tersebut bersifat menghakis. Semuanya bersifat merosakkan.

Bila makan jajan, kerosakan berlaku di bahagian otak. Tempat utama yang akan terjejas ialah hippocampus. Pusat memori kita. Saiz hippocampus jadi mengecil bila kerap makan jajan. Bagaimana mahu belajar bila pusat memori mengecil? Bagaimana mampu jadi pintar terdidik jika OTAK DIRACUNI JAJAN setiap hari?

Habis Tu Nak Makan Apa?

Kebanyakan makanan yang di kongsi di atas adalah makanan kegemaran orang Malaysia. Habis tu nak makan apa?

Ada banyak makanan dari sumber alami yang sedap lagi berkhasiat.

Professor UIA, Prof Abdul Majid McKeen selalu berpesan

”Pada setiap makanan yang Allah ciptakan sudah ada kecukupan. Cukup rasanya. Tidak perlu penambahan. Pada tangan manusialah makanan-makanan ini dirosakkkan.”