Resepi OCOC Biskut Pecan Coklat ini boleh dibuat bekal untuk anak-anak. Malah aktiviti baking ini boleh dijadikan aktiviti keluarga. Bantu erat silaturrahim dalam keluarga. Resepi ini menggunakan bahan semulajadi.

Bahan-bahan:

2 sudu mentega dicairkan
1 biji telur
2 sudu gula kelapa,
1 sudu ekstrak vanilla
7 sudu chocolate chips tanpa gula
1 sudu mentega
6 sudu tepung kelapa
1 susu serbuk coklat (70% cocoa)
1/8 sudu baking powder
1/8 sudu garam pink
1/4 sudu xanthan gum
1/4 cawan kacang pecan (atau kekacang lain – ikut selera)

Cara Penyediaan:

Langkah #1: Guna bekas sederhana besar. Masukkan 2 sudu mentega cair, telur, gula kelapa, dan ekstrak vanilla. Gunakan mixer. Pukul hingga naik dan sebati.

Langkah #2: Dalam pan, panaskan 6 sudu chocolate chips tanpa gula bersama satu sudu butter hingga cair.

Langkah #3: Campurkan bahan-bahan dari langkah pertama dan kedua. Gunakan mixer. Pastikan adunan bercantum dan menjadi smooth

Langkah #4: Masukkan bahan-bahan lain ke dalam bekas adunan campuran langkah satu dan dua. Kacau hingga sebati.

Langkah #5: Letakkan adunan dalam freezer. Biarkan 7-8 minit. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Langkah #6: Sapukan baking sheet dengan butter atau ghee. Ambil satu sudu letakkan atas baking sheet dan bentukkan seperti bentuk biskut.

Langkah #7: Bakar 8-10min. (Biskut masih sedikit lembut apabila dibawa keluar dari oven. Elakkan dari terlebih masak). Biarkan biskut sejuk di atas tray antara 10-15 min. Selepas sejuk bolehlah masukkan ke dalam bekas kedap udara.

NOTA: Resepi ini adalah daripada Dr Rizal Abu Bakar, pemilik resepi COCO OCOC minuman bernutrisi tinggi