Resepi Fruity Oat, resepi sesuai untuk jamuan harijadi anak-anak. Sesuai dengan umur, otak dan kesihatan anak-anak ini.

Bahan-bahan:

1) Regular Oat – suku cawan
2) Plain Yogurt – suku cawan
3) Susu kambing (serbuk susu yang dibancuh) – suku cawan
4) Buah-buahan segar (mangga, oren, apple, kiwi – jenis dan saiz buah ikut selera masing-masing)
5) kekacang (badam, cashew atau pistachio – ikut selera dan bajet masing-masing)

Cara-cara Penyediaan

1) Oat dimasak bersama susu sehingga oat kembang.
2) Sejukkan setelah masak.
3) Masukkan ke dalam blender dan blend. Masukkan buah-buahan ikut selera sebagai pemanis semulajadi.
4) Masukkan ke dalam bekas kosong. Campurkan dengan plain yogurt.
5) Gaul hingga sebati.
6) Masukkan kekacang ke dalam hidangan dahulu.
7) Masukkan campuran oat dan yogurt ke dalam bekas.
8) Taburkan sedikit buah-buahan di atas bersama kekacang sebagai hiasan (seperti dalam gambar).
9) Boleh dimakan terus atau disejukkan terlebih dahulu.

Semoga resepi ini membantu untuk memberikan anak-anak kita dengan makanan sihat. Kitalah mesti ikhtiarkan jika ingin beri anak makanan yang menyihatkan. Jadi proaktif.

Selamat mencuba.

NOTA: Resepi ini adalah hasil ciptaan Dr Rizal Abu Bakar, pemilik formula produk COCO OCOC minuman bernutrisi tinggi