Sebut tentang coklat, tentu ramai yang terliur. Coklat sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia. Menjadi kegemaran ramai wanita terutamanya. Namun ramai yang fikir makan coklat akan menggemukkan. Selain itu makan coklat dikatakan boleh datangkan kencing manis.

Tahukah anda persepsi tersebut sebenarnya kurang tepat. Hakikatnya makan coklat banyak kelebihannya untuk kesihatan. Yang penting makan secara terkawal dan berpada. Usah takut, risau atau rasa bersalah bila menikmati coklat. Apatah lagi jika anda menikmati coklat gelap atau dark chocolate

Menurut kajian, coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko adalah coklat yang sihat. Menurut Woman’s Health Magazine (https://www.womenshealthmag.com/health/benefits-of-chocolate), ada 9 kelebihan memakan coklat sihat ini.

Antara kelebihannya:

1. Mengurangkan Berat Badan

Kurus dengan makan coklat? Biar betul ni??!

Dark chocolate sebenarnya mengenyangkan dan beri lebih rasa kepuasan berbanding coklat biasa. Itu hasil kajian dibuat oleh University of Copenhagen. Makan dark chocolate akan buatkan kita hilang rasa mengidam benda manis, masin dan berlemak. Ini akan bantu kita lebih berdisiplin dalam pemakanan. Mengamalkan dark chocolate bantu kita untuk makan dalam saiz yang kecil. Kita boleh kekal dalam diet yang sihat.

2. Jantung yang Sihat!

Dark chocolate sangat bagus untuk kardiovaskular! Kajian telah dibuat di Sweden selama 9 tahun. Dapatan kajian melibatkan 31,000 wanita. Wanita yang makan 1-2 hidangan coklat gelap setiap minggu boleh kurangkan 1/3 daripada risiko kegagalan jantung.

Satu lagi kajian lain dibuat di Jerman. 1 bar coklat setiap hari bantu rendahkan tekanan darah, kurangkan risiko serangan jantung dan strok sehingga 39%! Ini adalah kesan daripada flavonoids, komponen antioksidan dalam dark chocolate. Flavonoids meningkatkan fleksibiliti pembuluh vena dan arteri darah.

3. Anak yang Lebih Ceria!

Satu kajian telah dilakukan di Finnish. Didapati bayi kepada ibu hamil yang makan dark chocolate ini lebih ceria dan senyum selalu. Malah ibu hamil yang amalkan makan dark chocolate setiap hari dikatakan boleh mengawal tekanan dengan lebih baik, berbanding mereka yang tidak mengamalkan

4. Mengelakkan Kencing Manis (Diabetes)

Bunyi seperti sukar dipercayai? Ada kajian telah dibuat di Itali. Para peserta dikehendaki memakan dark chocolate sekali setiap hari. Mereka lakukan selama 15 hari berterusan. Didapati rintangan insulin dalam badan mereka berkurangan hingga separuh. Kesan ini dibantu oleh kehadiran flavonoids di dalam dark chocolate. Flavonoids meningkatkan penghasilan Nitrik Oksida yang membantu mengawal kadar sensitiviti insulin.

5. Mengurangkan Tekanan

Anda rasa stress? Tertekan? Sila baca hasil kajian saintis di Swiss. Peserta diarahkan untuk makan 1.5oz dark chocolate setiap hari selama 2 minggu. Didapati mereka yang terlalu gelisah, paras hormon tekanan mereka berkurangan.

Oleh itu, jika anda rasa tertekan terutama kerana putus cinta, makan segera dark chocolate. Memakan 1 bar dark chocolate adalah lebih baik untuk anda berbanding memakan sepotong ais krim!

6. Pelindung Matahari

Sekumpulan penyelidik di London ada buat kajian berkaitan flavanol dalam dark chocolate. Kajian berkaitan flavanol sebagai ejen pelindung matahari. Para peserta kajian diarahkan untuk makan coklat yang mengandungi flavanol yang tinggi selama 3 bulan. Didapati kulit mereka tidak mudah menjadi merah terbakar. Kesan terbakar bila terkena cahaya matahari. Peserta yang makan coklat kurang flavanol kurang dapat kesan perlindungan matahari yang sama

7. Tinggi Intelek!

Makan coklat dapat bantu tingkatkan tenaga segera minda. Ini dibuktikan oleh penyelidik di University of Nottingham. Mereka dapati dark chocolate tinggi flavanol akan beri tenaga segera aliran darah kepada bahagian utama di dalam otak selama 2 hingga 3 jam. Ini akan bantu tingkatkan prestasi otak jangkamasa pendek.

Penyelidikan terhadap kesan jangka panjang kepada otak juga ada dibuat. Kajian dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University dan Norway. Kajian melibatkan lebih 2,000 individu berusia lebih 70 tahun. Dapatan mereka, pengambil coklat tinggi flavanol mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tak mengambilnya.

8. Melegakan Batuk

Terdapat kajian mendapati dark chocolate boleh melegakan batuk. Ini hampir menyamai fungsi codeine. Ini disebabkan oleh kandungan theobromine yang ada di dalam dark chocolate. Theobromine bukan sekadar memberikan rasa sedap dark chocolate. Theobromine juga mengurangkan aktiviti vagus nerve di dalam otak.

Menurut Profesor Maria Belvisi dari Farmakologi Respirasi, National Heart and Lung Institute di London, theobromine tiada kesan negatif. Codeine yang menyebabkan orang rasa mengantuk dan lesu. Codeine juga tidak sesedap makan coklat!

9. Melegakan Cirit-birit (Diarrhea)

Menurut rekod sejarah, pada abad ke-16, masyarakat di Amerika Selatan dan Eropah menggunakan koko untuk merawat cirit-birit. Para saintis dari Children’s Hospital Oakland Research Institute telah mendapati bahawa flavonoids telah membantu di dalam kes ini. Flavonoids di dalam koko mampu mengikat protin yang mengawal penguraian cecair di usus kecil. Ini secara tidak langsung telah menghentikan aktiviti cirit-birit tersebut.

10. Melancarkan Pengaliran Darah

Ini adalah antara kebaikan lain pengambilan dark chocolate. Coklat gelap mengandungi bahan yang dinamakan flavonol. Flavonol ini membantu memberi rangsangan kepada endotherium. Endotherium ialah lapisan arteri untuk menghasilkan Nitrik Oksida (NO). NO berfungsi untuk menghantar signal kepada arteri untuk bekerja dengan rileks dengan cara melenturkan lapisan pembuluh darah.

Pembuluh darah yang lentur akan membolehkan peredaran darah yang lebih lancar. Aliran darah yang lancar membantu menurunkan tekanan darah secara signifiken.

Terdapat banyak juga dapatan kajian lain yang menunjukkan koko dan coklat gelap boleh meningkatkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. Justeru itu, manfaat coklat gelap terhadap pengaliran darah dan menormalkan tekanan darah perlulah dipandang secara serius.

Bagaimana pun, perlu juga diperhatikan kaedah pembuatan coklat itu sendiri sebelum dimakan. Kebanyakan coklat di pasaran diadun menggunakan susu dan gula. Susu punyai kandungan gula yang tinggi. Gula itu sendiri penyebab utama pelbagai jenis penyakit dihidapi rakyat Malaysia. Dark chocolate terbaik ialah yang diadun menggunakan gula kelapa asli. Gula kelapa mempunyai kadar glisemik index (GI) yang rendah, sesuai juga untuk penghidap diabetes